AS, Britain tidak lagi import minyak Rusia
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) dan syarikat-syarikat tenaga Britain mengumumkan pada Selasa bahawa ia tidak lagi mengimport minyak dari Rusia ekoran pencerobohannya di Ukraine.
Syarikat-syarikat multinasional Shell dan BP yang berpangkalan di Britain turut menyatakan ia akan menghentikan pembelian minyak dan gas baharu.
Keputusan itu dibuat selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan tenteranya melancarkan serangan ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu.
Sehubungan itu, Presiden AS, Joe Biden mengumumkan sekatan negaranya untuk tidak mengimport minyak Rusia termasuk gas asli dan arang batu.
Sekatan itu dilakukan walaupun kemungkinan terdapat kesan kenaikan harga minyak dan gas di pasaran global.
"Minyak Rusia tidak lagi boleh diterima di pelabuhan AS dan rakyat Amerika akan memberikan satu lagi tamparan hebat ke atas 'mesin perang' Putin," kata Biden seperti dilaporkan oleh AFP. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!