Premis urut tawar aksi ranjang diserbu

Sembilan wanita asing ditahan dalam serbuan di sebuah premis refleksologi di Desa Sr Hartamas, Kuala Lumpur pada Selasa.
Sembilan wanita asing ditahan dalam serbuan di sebuah premis refleksologi di Desa Sr Hartamas, Kuala Lumpur pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pintu sentiasa berkunci dan pelanggan perlu menekan loceng untuk masuk. Itu modus operandi sebuah premis refleksologi di Desa Sri Hartamas, di sini yang dikesan menawarkan khidmat seks.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kegiatan itu dikesan selepas diserbu sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada jam 10.30 malam, Selasa.

"Seramai sembilan wanita berusia lingkungan 30-an terdiri daripada lapan warga Thailand dan seorang Indonesia telah ditahan.

"Dipercayai wanita asing ini adalah pekerja seks yang melayan pelanggan selepas dibayar RM200 bagi satu sesi," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, polis turut menahan seorang penjaga premis lelaki tempatan selain seorang pelanggan warga India.

Katanya, sebanyak 10 keping kondom selain tuala, minyak urut serta wang tunai telah dirampas untuk tindakan lanjut.

"Siasatan awal mendapati premis ini beroperasi sejak awal tahun ini. Pelanggan hanya dibenarkan masuk selepas menekan loceng.

"Penjaga premis kemudian akan melihat pelanggan terbabit bagi memastikan keadaan selamat sebelum dibenarkan masuk," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 373 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!