ADUN Bukit Lanjan tak puas hati?

Antara status bergambar dimuat naik Elizabeth Wong dalam akaun Facebook miliknya.
Antara status bergambar dimuat naik Elizabeth Wong dalam akaun Facebook miliknya.
A
A
A

SHAH ALAM - ADUN Bukit Lanjan seolah-olah tidak berpuas hati dengan teguran Speaker DUN Selangor berhubung cara pemakaiannya apabila memuat naik beberapa status bergambar di akaun Facebook miliknya, semalam.

Status turut memaparkan gambar pakaian dipakainya ketika hadir ke sidang DUN semalam, Elizabeth Wong Keat Ping menulis pakaian tersebut menyebabkan Speaker begitu marah dan menegurnya.

“Hari ini (semalam) dalam sidang DUN, daripada memberi tumpuan kepada apa yang diperkatakan, ada seorang ahli politik lelaki sebaliknya memberi tumpuan kepada apa yang saya pakai.

“Bila saya beritahu Speaker notisnya (pemberitahuan mesyuarat) tidak menyatakan sebarang had warna untuk pakaian (dan pada masa lalu peraturan ini tidak pernah dinyatakan perkara sedemikian), beliau (Speaker) membalas oh..saya membuat keputusan itu sebentar tadi (semalam),” muat naiknya dalam beberapa status berbeza.

Elizabeth yang juga bekas Exco Selangor itu turut memuat naik gambar notis asal pemberitahuan mesyuarat daripada pejabat Speaker yang didakwanya tidak menyatakan wanita harus mematuhi peraturan warna pakaian.

Dalam notis tersebut tertulis pakaian semasa persidangan adalah lounge suit gelap bagi pegawai lelaki dan tertib serta memakai blazer bagi wanita.

Terdahulu, Speaker DUN Ng Suee Lim menegur Elizabeth Wong kerana tidak mematuhi etika berpakaian ketika hadir pada sidang DUN, semalam.

Elizabeth memakai blazer putih dengan kain biru muda serta kasut but merah. Suee Lim berkata, semua wakil rakyat perlu menghormati DUN kerana mereka bukan menghadiri pertujunkan fesyen.

Artikel Berkaitan:

“"Ini bukan 'fashion show', yang mana pelbagai baju atau kot pelbagai warna,tapi ini dewan, kita perlu menghormatinya

"Kita menghormati dewan yang mulia ini, dan masa sama rakyat perhatikan kita, jadi wajar untuk kita ikut peraturan sedia ada termasuk daripada segi etika pemakaian,” katanya.

Beliau berkata, teguran tersebut diberi kepada semua ADUN tanpa mengira daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!