Banjir: 162 stesen pemancar komunikasi beroperasi

SKMM memaklumkan sebanyak 162 stesen pemancar komunikasi yang terjejas banjir kembali beroperasi sepenuhnya.
SKMM memaklumkan sebanyak 162 stesen pemancar komunikasi yang terjejas banjir kembali beroperasi sepenuhnya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 162 stesen pemancar komunikasi yang sebelum ini terjejas akibat banjir di negeri pantai timur kembali beroperasi sepenuhnya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan daripada jumlah berkenaan, 113 adalah stesen pemancar komunikasi di Terengganu, 42 di Kelantan dan tujuh di Pahang.

Selain itu, kenyataan itu turut memaklumkan sebanyak 32 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di Kelantan dan Terengganu yang turut terjejas banjir, kini telah beroperasi semula.

“Sehingga hari ini (Rabu) tiada kes yang dilaporkan oleh pemberi perkhidmatan kepada MCMC mengenai insiden melibatkan infrastruktur komunikasi yang mengancam keselamatan orang ramai.

“Namun, MCMC dan pemberi perkhidmatan sentiasa berwaspada dan menerima aduan dari orang awam dan mana-mana pihak sekiranya ada kes yang melibatkan ancaman keselamatan infrastruktur komunikasi untuk diambil tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!