51 pengunjung kelab malam dikompaun RM51,000, enam ditahan

51 pengunjung kelab malam dikompaun RM51,000 kerana melanggar SOP PPN.
51 pengunjung kelab malam dikompaun RM51,000 kerana melanggar SOP PPN.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 51 orang pengunjung sebuah pusat hiburan tanpa lesen dikompaun RM51,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, polis turut menahan seorang lelaki tempatan dan lima wanita warga asing dalam operasi pada jam 10.10 malam itu.

“Polis mengeluarkan 51 kompaun di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021 terhadap 51 pelanggan warga tempatan menjadikan jumlah keseluruhan kompaun RM51,000.

"Kesemua suspek yang ditangkap berumur dalam lingkungan 26 hingga 40 tahun dan tidak

mempunyai rekod lampau," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Beliau berkata, pasukan serbuan turut merampas satu unit pencampur bunyi profesional jenis DJM-2000 Nexus jenama Pioneer, mikrofon, dan pembesar suara.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992, Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!