Terbuka Jerman: Zii Jia lepasi halangan Caljouw
PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menyingkap kempen Terbuka Jerman dengan langkah kanan apabila menewaskan pemain dari Belanda, Mark Caljouw di pusingan ke-32
Zii Jia yang merupakan pilihan kelapan kejuaraan yang berlangsung di Westenergie Sporthalle, tersebut bagaimana tunduk mengalah pada babak pertama 19-21 kepada pemain nombor 56 dunia tersebut.
Biarpun begitu pemain kelahiran Alor Setar tersebut kembali memperkemaskan pemain sebelum bangkit untuk dua set berikutnya dengan kemenangan 21-13, 21-18 dalam masa 52 minit.
Menanti pemain nombor tujuh dunia itu di pusingan kedua adalah pemenang perlawanan antara pemain nombor 38 dunia, Zhao Jun Peng dari China menentang pemain nombor 56 dunia dari India, Subhankar Dey.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!