[VIDEO] Pesakit terima jantung babi meninggal dunia

Gambar fail menunjukkan David Bennett (kanan) di Pusat Perubatan Universiti Maryland, Amerika Syarikat. - Foto University of Maryland School of Medicine/YouTube
Gambar fail menunjukkan David Bennett (kanan) di Pusat Perubatan Universiti Maryland, Amerika Syarikat. - Foto University of Maryland School of Medicine/YouTube
A
A
A

WASHINGTON - [DIKEMAS KINI] Individu pertama yang menerima pemindahan jantung daripada babi yang diubah suai secara genetik telah meninggal dunia, kata pihak hospital di Amerika Syarikat pada Rabu.

David Bennett, 57, telah menerima pemindahan jantung haiwan itu pada 7 Januari lalu dan meninggal dunia pada 8 Mac, kata Sistem Perubatan Universiti Maryland dalam satu kenyataan.

Dia meninggal dunia selepas lebih dua bulan melakukan pemindahan organ tersebut.

"Tiada punca jelas yang dikenal pasti ketika kematiannya," kata seorang jurucakap hospital kepada AFP.

Sebelum kematiannya, keadaan kesihatan Bennett mula merosot yang melibatkan masa selama beberapa hari.

"Selepas didapati tidak akan sembuh, dia diberi penjagaan yang penuh dengan belas kasihan. Dia dapat berkomunikasi dengan keluarganya pada waktu-waktu terakhirnya," kata satu kenyataan hospital.

Bennett mendapatkan rawatan di hospital di negeri Maryland pada Oktober 2021.

Dia terbaring di atas katil dan mendapat bantuan hayat kecemasan.

Artikel Berkaitan:

Bennett dianggap tidak layak untuk menerima pemindahan organ manusia iaitu keputusan yang dibuat apabila si penerima mempunyai kesihatan asas yang sangat teruk. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!