449 mangsa banjir di Selangor, Johor dan Melaka dipindahkan ke PPS

Suasana di PPS Dewan Kenanga Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 28, Shah Alam yang menempatkan 44 keluarga mangsa banjir dari Bukit Lanchung pada Selasa. - Foto Bernama
Suasana di PPS Dewan Kenanga Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 28, Shah Alam yang menempatkan 44 keluarga mangsa banjir dari Bukit Lanchung pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 449 mangsa daripada 120 keluarga di Johor, Melaka dan Selangor dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), susulan banjir setakat jam 8 pagi Khamis.

Laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) pada jam 8 pagi yang dimuat naik di Facebook rasminya, 202 mangsa daripada 54 keluarga dipindahkan ke tiga PPS yang dibuka pada Rabu di Kluang, Johor.

Tiga PPS di Kluang adalah Dewan Kolam Air, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kenchana dan SK Sungai Linau manakala di Melaka, ia melibatkan daerah Jasin dengan seramai 40 individu daripada 11 keluarga dipindahkan di PPS SK Parit Penghulu yang dibuka pada Selasa (8 Mac).

Sementara itu, di Selangor, seramai 207 individu daripada 55 keluarga di daerah Kuala Langat dan Sepang, dipindahkan ke empat PPS yang beroperasi.

Kesemua PPS berkenaan adalah Balai Raya Kampung Orang Asli Bukit Serdang, Balai Raya Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang dan SK Kota Warisan. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!