BN sudah lepasi ‘garisan penamat'

Mohamad ketika ditemui pemberita di Kota Tinggi pada Khamis.
Mohamad ketika ditemui pemberita di Kota Tinggi pada Khamis.
A
A
A
KOTA TINGGI - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan yakin bahawa gabungan tersebut telah berjaya melintasi ‘garisan penamat’ dalam usahanya untuk meraih sokongan bagi membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

“Alhamdulillah bacaan dan anggaran yang saya dan ‘war room' serta laporan-laporan yang telah kita timbal balik semua, setakat hari ini BN telah pun melepasi garisan penamat,” katanya yang juga merupakan Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Johor.

Beliau bagaimanapun berkata, jentera BN tidak boleh terlalu selesa kerana mereka perlu menggunakan baki dua hari terakhir berkempen untuk meningkatkan sokongan terhadap gabungan berkenaan dan seterusnya membolehkan terbentuknya kerajaan yang kuat

“Garis penamat ini maknanya cukup untuk menubuhkan kerajaan. Dua pertiga nanti kena kerja kuat lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program ramah mesra bersama calon penduduk di Kampung Lukut di sini pada Khamis.

Sebanyak 29 kerusi diperlukan oleh sesebuah parti atau gabungan untuk membentuk kerajaan negeri Johor dengan majoriti mudah daripada 56 kerusi yang dipertandingkan dalam PRN Johor manakala majoriti dua pertiga pula memerlukan sebanyak 38 kerusi.

Mengulas lanjut, Timbalan Presiden UMNO itu berkata, sokongan ditunjukkan oleh pengundi sepanjang tempoh berkempen itu perlu dipastikan supaya dapat diterjemahkan di kertas undi apabila tiba hari pengundian pada 12 Mac ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui bahawa mesej kestabilan yang dibawa oleh BN sejak PRN Melaka yang lalu telah mendapat penerimaan yang positif daripada pengundi termasuk daripada anak muda dan pengundi bukan Cina.

“Itu sebab saya buat di Melaka, di sini (PRN Johor) dan saya minta di sarawak juga, gunakanlah kestabilan ini kerana itu kata kuncinya. Kalau tidak ada kestabilan tidak boleh kata apa.

“Ramai macam mana pun bijak pandai, kaya mana pun hasil bumi tapi kalau tidak stabil politiknya tidak boleh. Macam negara-negara di Afrika, sesetengah negara hasil bumi kaya-raya tapi tidak boleh (maju) kerana negara mereka tidak aman
Artikel Berkaitan:


“Sentiasa sahaja berubah kuasa dan berlaku rampasan kuasa. Tidak ada siapa yang nak melabur di negara yang tidak stabil. Ini kata kunci asas kepada sesebuah negara,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai provokasi dilontarkan parti lawan ketika tempoh berkempen PRN Johor memasuki fasa akhir, Mohamad berkata, beliau dan BN tidak akan terpedaya dengan tindakan sedemikian.

Katanya, tindakan provokasi itu dilihat hanya sebagai cubaan oleh pihak lawan untuk mengalih perhatian gabungan tersebut dalam tempoh tersebut.

“Kita turun ke Johor ini bukan nak gaduh atau bertengkar dengan sesiapa. Kita nak menangi hati pengundi. Nak bertengkar, dekat Kuala Lumpur boleh bertengkar...Dia memang buat itu supaya kita beri bertindak balik. Jadi kita rileks sahaja mereka nak kata kita apa katalah.

“Lagipun UMNO ini apa orang tidak kata? Macam-macam. Itik tempang (gelaran) itu sikit sangat. Tak mengapa, kita tempang pun tidak apa tapi 13 Mac ini kita terbang pakai kepak,” ujarnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!