Tuchel harap James tak rehat panjang lagi

James ketika bersaing dengan pemain Zenit St. Petersburg, Wendel semasa aksi perimhlat kumpulan H Liga Juara-Juara pada 8 Disember lalu. FOTO: AFP
James ketika bersaing dengan pemain Zenit St. Petersburg, Wendel semasa aksi perimhlat kumpulan H Liga Juara-Juara pada 8 Disember lalu. FOTO: AFP
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel berharap Reece James tidak akan menghabiskan masa terlalu lama di bangku simpanan selepas pemain pertahanan berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan otot ketika The Blues melakar kemenangan 4-0 ke atas Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Turf Moor hujung minggu lalu.

James sebelum itu tampil dengan aksi cemerlang apabila meledak jaringan awal selain bantuan gol semasa berkunjung ke laman lawan ketika melakukan penampilan semula untuk kelab London itu dalam tempoh lebih dua bulan selepas berehat panjang berikutan hamstring, namun digantikan dalam baki 20 perlawanan kerana kecederaan.

“James memerlukan pemeriksaan lanjut biarpun pada satu ketika kami berharap dia dapat beraksi lebih awal minggu ini, namun sebaliknya yang berlaku. Dia merasakan kesakitan semasa perlawanan, sebab itu kami membawanya keluar dan selepas itu situasi tidak menjadi lebih baik menyebabkan pasukan bimbang.

“Kami memerlukan lebih banyak butiran dan maklumat lanjut sekali gus menyebabkan dia akan menjalani pemeriksaan lanjut. Ya, saya akui bahawa dia banyak memberi impak positif kepada pasukan seperti dibuktikan dalam perlawanan menentang Burnley,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!