Bojan ambil tindakan drastik atasi benteng rapuh

Bojan mahu memberi tumpuan kepada kerapuhan benteng KL City FC sebelum pasukannya menghadapi perlawanan seterusnya. Foto: KUALA LUMPUR CITY
Bojan mahu memberi tumpuan kepada kerapuhan benteng KL City FC sebelum pasukannya menghadapi perlawanan seterusnya. Foto: KUALA LUMPUR CITY
A
A
A

JUARA Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC bakal mengambil tindakan drastik terhadap kerapuhan benteng pertahanannya selepas bolos enam gol pada dua perlawanan awal Liga Super 2022.

Pada Rabu, The City Boys tewas 3-2 kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC selepas sekadar seri 3-3 pada aksi pertama Liga Super 2022 menentang pasukan jiran, Selangor FC.

Ketua jurulatihnya, Bojak Hodak mengakui kelemahan tersebut dan mahu pemain segera bangkit lebih kuat pada aksi seterusnya.

"Saya kecewa kami dibolosi enam gol dalam dua perlawanan sedangkan pertahanan kami merupakan jentera yang terkuat dalam pasukan pada musim lalu.

"Kami tidak menyangka kami dibolosi dengan mudah banyak gol pada awal permulaan liga kali ini. Inilah (kerapuhan benteng) perkara yang perlu kami perbaiki" katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman pada Rabu.

Menurutnya, kelemahan tersebut bakal diatasi segera dalam sesi latihan sebelum menghadapi perlawanan seterusnya.

"Selepas menjuarai Piala Malaysia, memang kami jangka menjadi sasaran semua pasukan yang memberikan saingan tinggi kepada kami pada musim ini. Perkara ini adalah normal untuk mana-mana pasukan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!