Tokong Gua Kelawar musnah dalam kebakaran

No Image Caption
A
A
A

GEORGE TOWN - Tokong Gua Kelawar berusia 200 tahun di Jalan Pokok Ceri, Air Itam di sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi Khamis.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, Mohamad Helmi Ismail berkata, jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong digegaskan ke lokasi kejadian sejurus pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.25 pagi.

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran sebelum api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 1.49 pagi.

"Kebakaran telah memusnahkan kira-kira 90 peratus tokong berkeluasan 186 meter persegi tersebut. Kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan puncanya sedang disiasat," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata, operasi pemadaman itu melibatkan lebih 50 pegawai dan anggota termasuk dibantu BBP Jalan Perak, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Bendera, PBS Paya Terubong, PBS Kampung Pisang, PBS Bagan Ajam serta pihak Tenaga Nasional Berhad.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!