PM zahir simpati, doa mangsa tanah runtuh selamat
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa simpati dan sedih dengan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang, lewat petang Khamis.
Dalam coretan di Facebooknya, Ismail Sabri memaklumkan, usaha mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang tertimbus sedang giat dijalankan.
“Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang melakukan kerja-kerja menyelamat dan berusaha mengeluarkan semua mangsa yang tertimbus.
“Sama-sama kita berdoa semoga mangsa-mangsa yang masih dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.
Kira-kira 15 buah rumah mengalami kerosakan dan tiga mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu.
Sebanyak dua buah rumah dikatakan tertimbus sepenuhnya, manakala baki yang lain separa terjejas.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.54 petang sebelum pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan ditugaskan ke lokasi kejadian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!