Legasi Muhyiddin segar di Gambir
Hasrat membela rakyat diteruskan melalui Ikrar PN untuk menjadikan Johor sebagai negeri berdaya saing
Kesemua pakej rangsangan itu bernilai RM530 bilion, dengan satu tujuan iaitu memastikan kehidupan dan kebajikan rakyat sentiasa terbela.
Kini, hasrat untuk membela rakyat diteruskan melalui Ikrar Perikatan Nasional (PN) untuk menjadikan Johor sebagai negeri berdaya saing.
Mengulas mengenai perkara yang ingin dibawakan PN khusus bagi kawasan ditandinginya, Mohd Solihan berkata, Gambir merupakan lokasi berpotensi untuk dikembangkan dan sentuhan daripada Ikrar PN itu adalah ramuan terbaik untuk pelaksanaanya.
"Wadah ini kita kira adalah platform politik, tetapi sebenarnya apa falsafah perjuangan yang kita PN mahu terapkan. Ia adalah usaha untuk kita buktikan kesungguhan wakil rakyat kita dalam melaksanakan sesuatu.
"Paling utama, perkara yang saya mahu laksanakan di sini (Gambir) adalah ia mestilah merangkumi semua aspek sama ada ekonomi, sosial, kesihatan mahupun pendidikan," katanya kepada Sinar Harian di sini, pada Selasa.
Mohd Solihan yang juga Ketua Penerangan PN Johor memberitahu, hasrat pertamanya jika dipilih sebagai wakil rakyat di Gambir adalah meneruskan legasi Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga mantan wakil rakyat di kawasan berkenaan.
"Jadi kalau saya nak kembangkan perkara ini adalah saya mahu meneruskan hasrat Muhyiddin untuk membangunkan Gambir sebagai kawasan industri ringan.
"Sebenarnya keputusan untuk perkara ini telah pun dibuat. Ia akan dilaksanakan cuma ketika ini kita hanya berhadapan dengan isu masih mengenal pasti lokasi sesuai dan tanah yang boleh digunakan," katanya.
Reaksi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!