Penjualan Chelsea perlukan lesen tambahan
KERAJAAN Britain terbuka kepada penjualan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea, namun untuk meneruskannya, ia memerlukan lesen lain, kata jurucakap Perdana Menteri Boris Johnson selepas sekatan dikenakan ke atas pemiliknya, Roman Abramovich.
"Kami perlu memberikan lesen lanjut. Saya fikir adalah adil untuk mengatakan kerajaan terbuka kepada penjualan kelab itu, namun pada masa ini, ia memerlukan lesen lain dan itu memerlukan perbincangan lanjut dengan Perbendaharaan (kementerian kewangan).
"Prinsipnya adalah untuk mengurangkan kesan kepada para penyokong-penyokong Chelsea... langkah-langkah ini dibentuk bertujuan untuk menghukum mereka yang rapat dengan Vladimir Putin," katanya kepada pemberita.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!