Wacana Pemikiran Sultan Nazrin pentas diskusi belia

WAN MOHAMMAD AFIQ
WAN MOHAMMAD AFIQ
A
A
A

IPOH - Majlis Belia Negeri (MBN) Perak tampil dengan program Wacana Pemikiran Sultan Nazrin Muizzudin Shah yang akan memulakan siri pertamanya malam ini.

Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Wan Mohammad Afiq Wan Aris Fathillah berkata, program tersebut tercetus susulan pelancaran Buku Siri Titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang diangkat di dalam Persidangan MAIPk seterusnya dipersetujui untuk dilaksanakan.

Menurutnya, wacana tersebut merupakan anjuran bersama MBN Perak, Pejabat Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak serta dengan kerjasama Universiti Sultan Azlan Shah.

"Wacana ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada para belia dan mahasiswa yang bukan hanya berada di Perak malah seluruh negara mengenai pemikiran Sultan Nazrin melalui titah ucapan baginda yang terkandung di dalam buku Siri Titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ini.

"Program ini juga bertujuan untuk menjadikan titah yang dizahirkan sebagai panduan dan dorongan bagi golongan muda yang merupakan generasi pewaris negara," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Wan Mohammad Afiq berkata, terdapat enam siri keseluruhan bagi wacana berkenaan yang mana lima daripadanya akan dilaksanakan secara dalam talian menerusi Facebook USAS.

Wacana siri pertama akan berlangsung pada malam ini menampilkan lima orang ahli panel dalam kalangan pemimpin belia.
Wacana siri pertama akan berlangsung pada malam ini menampilkan lima orang ahli panel dalam kalangan pemimpin belia.

Jelasnya, panel-panel yang akan terlibat di dalam wacana tersebut terdiri dalam kalangan pemimpin-pemimpin belia seluruh Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, program itu juga memberikan peluang dan ruang kepada pemimpin belia untuk mengupas makna tersurat dan tersirat di dalam titah baginda.

"Melalui program ini, kita berharap agar seluruh belia lebih cakna dan mengamati titah-titah Sultan Nazrin yang dizahirkan.

"Ia seterusnya mampu melahirkan pemimpin yang bebas rasuah dan berintegriti selaras dengan baginda," katanya.

Siri pertama yang akan bermula pada jam 9 malam ini akan membincangkan tajuk, Institusi Raja Berperlembagaan: Kelangsungan Negara.

Wacana julung kali ini akan menampilkan lima orang panel iaitu Presiden MBN Perak, Muhammad Puhaz Saleh; Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Malaysia, Mohd Alif Anas; Presiden Gerakan Pelajar India se-Malaysia, A Arvend; Ketua Penerangan Gerakan 4B Malaysia, Muhamad Hanapi Jamaludin dan Ketua Srikandi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Perak, Jessica Isabella.

Progran ini juga akan dikendalikan oleh dua orang moderator iaitu Naib Canselor USAS, Prof Tan Sri Nordin Kardi dan Naib Presiden 3, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Muhammad Nazmi Hakimi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!