Dua ahli Dewan Negara dijadual angkat sumpah 21 Mac
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Hanya dua ahli Dewan Negara yang baru dilantik dijadual mengangkat sumpah pada hari pertama persidangan Dewan Negara, 21 Mac ini dan bukan lapan seperti dilaporkan semalam.
"Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara memohon maaf atas kekhilafan yang tidak disengajakan. Sebarang kekeliruan dan masalah yang mungkin timbul amatlah dikesali,” menurut kenyataan itu.
Media yang memetik kenyataan Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara pada Khamis melaporkan lapan ahli Dewan Negara dijadual mengangkat sumpah pada hari pertama persidangan Dewan Negara. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!