Lapor polis jika jadi mangsa penipuan

Seorang pengguna Facebook telah memuat naik mengenai seorang individu yang didakwa menipu orang ramai melibatkan pembaikan rumah di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada Jumaat.
Seorang pengguna Facebook telah memuat naik mengenai seorang individu yang didakwa menipu orang ramai melibatkan pembaikan rumah di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan melibatkan kerja pengubahsuaian dan pembaikan rumah di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini diminta tampil membuat laporan polis dengan segera.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, semakan yang dijalankan pihaknya setakat ini mendapati tiada laporan yang dibuat berhubung penipuan melibatkan kerja pengubahsuaian dan pembaikan rumah di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

"Kita minta kepada orang ramai sekiranya ada yang menjadi mangsa kepada penipuan seperti yang didakwa ini, segera tampil buat laporan polis.

"Laporan polis yang dibuat sekali gus membolehkan siasatan lanjut dijalankan pihak polis berhubung perkara ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada Jumaat, seorang pengguna di Facebook telah memuat naik mengenai seorang individu yang didakwa menipu orang ramai melibatkan pembaikan rumah di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Individu berkenaan turut didakwa melarikan diri sebaik sahaja menerima wang deposit melibatkan pembaikan rumah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!