KKM nafi keluar arahan sedia saluran mengundi pesakit Covid-19

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persiapan menjelang hari pengundian esok pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika tinjauan di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri. - Foto Bernama
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persiapan menjelang hari pengundian esok pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika tinjauan di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan pernah mengeluarkan arahan mengenai penyediaan saluran mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi mereka yang positif Covid-19 seperti ditularkan menerusi media sosial.

KKM dalam satu hantaran menerusi laman rasmi Facebook meminta orang ramai supaya mengabaikan rakaman audio yang tular tersebut.

"Sila abaikan rakaman audio ini dan ikuti arahan Majlis Keselamatan Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya,” menurut KKM.

Terdahulu, tular satu rakaman audio durasi satu minit lapan saat yang mendakwa kononnya mereka yang positif Covid-19 boleh mengundi dengan syarat perlu memaklumkan KKM mengenai butiran peribadi seperti nama, alamat dan nombor telefon.

Rakaman audio itu turut mendakwa kenderaan KKM yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) akan membawa pengundi yang positif Covid-19 pergi dan pulang dari pusat mengundi. - Bernama


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!