PRN Johor: PLUS nafi beri diskaun tol 50 peratus

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menafikan telah mengeluarkan kenyataan media mengenai pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus untuk mereka yang pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PLUS dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan pihaknya memandang serius perbuatan menggunakan logo syarikat itu untuk mengelirukan orang ramai.

Syarikat konsesi lebuh raya itu turut menyatakan akan bekerjasama dengan pihak berwajib untuk mengambil tindakan terhadap individu dan pihak yang terbabit.

Terdahulu, tular satu kenyataan memaklumkan diskaun sebanyak 50 peratus diberikan bermula pada 12 tengah malam 11 Mac bagi semua perjalanan menghala ke selatan tanah air sempena PRN Johor. - Bernama


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my


Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!