United harap keputusan positif menentang Spurs

Aski United bertemu Spurs pada Isnin dijangka sengit. - Foto Sportskeeda
Aski United bertemu Spurs pada Isnin dijangka sengit. - Foto Sportskeeda
A
A
A

SETELAH diaibkan dengan kekalahan 1-4 oleh Manchester City pada 7 Mac lalu, Manchester United kini tidak mempunyai pilihan selain mencatatkan keputusan positif bertemu Tottenham Hotspur pada Isnin bagi melonjak ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagaimanapun, pengendali interim skuad United itu, Ralf Rangnick tetap mahu memberikan fokus bagi menyempurnakan tugasnya di Old Trafford dan memastikan skuad The Red Devils itu menamatkan saingan musim ini pada kedudukan terbaik.

“Benar, kami tewas kepada City, tetapi kami tidak selalu berdepan mereka dan ini membuktikan kami mampu memenangi perlawanan-perlawanan lain selepas ini.

“Apa pun, saya masih lagi merupakan pengurus pasukan ini untuk 10 perlawanan lagi dalam EPL dan diharapkan untuk beberapa lagi perlawanan dalam dalam saingan Liga Juara-Juara,” katanya.

Untuk rekod, juara 13 kali EPL itu kini berada pada kedudukan kelima liga di belakang Arsenal dengan 47 mata. Selain itu, United juga gagal mencatatkan kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir mereka dalam semua kejohanan.

Situasi berkenaan secara tidak langsung menimbulkan persepsi bahawa United mungkin perlu mula memikirkan mengenai saingan musim baharu apabila Rangnick dilihat gagal memberikan inspirasi bagi memastikan kebangkitan skuad The Red Devils.

Sementara itu, Rangnick menegaskan dia akan memastikan tugasnya dalam tempoh dua setengah bulan akan datang dapat membantu kebangkitan semula United.

“Ini adalah tugas utama saya iaitu memastikan kebangkitan United. Apa pun buat masa ini saya gembira dengan pemain yang kami ada dan ini sesuatu yang jelas,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!