Zii Jia terus padu di Terbuka Jerman

Zii Jia. Foto fail/AFP
Zii Jia. Foto fail/AFP
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia terus menampilkan persembahan konsisten di saingan Terbuka Jerman apabila melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan pemain dari China, Zhao Jun Peng dalam perlawanan di Westenergie Sporthalle, Mülheim pada Jumaat.

Tambah menarik pemain nombor tujuh dunia tersebut terus mempamerkan kematangan permainan di pentas suku akhir itu apabila menjinakkan lawannya yang berstatus pemain ke-38 dunia 21-12, 21-18 dalam masa 40 minit.

Untuk rekod, pemain dari Kedah itu sebelum ini mara ke suku akhir selepas menewaskan pemain Perancis, Christo Popov, pemain ranking 62 dunia 21-13, 18-21, 21-12 dalam masa 61 minit di pusingan kedua.

Zii Jia yang tampil ke kejuaraan itu dengan status pilihan kelapan sebelum ini dipaksa beraksi sehingga ke set penentuan ketika berdepan pemain 56 dunia dari Belanda, Mark Caljouw di pusingan pertama yang menyaksikan juara Seluruh England 2021 menang 19-21, 21-13, 21-18 dalam masa 52 minit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!