Piala FA: Kelantan United mudah atasi Kinabalu Jaguar
KELAB Liga Premier, Kelantan United FC melaungkan amaran awal kehadiran The Green Deer dalam saingan Piala FA musim ini bukan sekadar pelengkap jadual apabila membelasah Kinabalu Jaguar FC 4-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Jumaat.
The Green Deer kendalian Syamsul Saad ternyata menggunakan sepenuh pentas pusingan pertama menampilkan kegarangan apabila merobek gawang kelab Liga M3 hasil jaringan Muhammad Haziq Subri pada minit ke-34 dan Muhammad Asraff Aliffuddin Yasin untuk mendahului babak pertama 2-0.
Separuh masa kedua, kelab Negeri Cik Siti Wang Kembang itu terus garang apabila menambah dua lagi gol menerusi pemain import dari Ghana, Amidu Salifu (52') dan tonggak import dari Nigeria, Njoku Jacob (53') untuk mengakhiri cabaran skuad kendalian Mohd Ayyman Shah Johny Abdullah kali ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!