'Ibarat tunai tanggungjawab pada negara'

Nik Zawawi ketika berucap pada Ceramah Roadshow Himpunan Aman Bantah ICERD di sini, malam tadi.
Nik Zawawi ketika berucap pada Ceramah Roadshow Himpunan Aman Bantah ICERD di sini, malam tadi.
A
A
A

JELI - Bantahan terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) ibarat menunaikan tanggungjawab kepada negara dan generasi akan datang.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, selari dengan itu, orang ramai digesa bersama-sama menjayakan Himpunan Aman Bantah ICERD di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

"Kalau ada sesiapa yang tak hadir bermakna mereka tak faham (situasi) baik dari segi agama mahupun percaturan politik.

[ARTIKEL BERKAITAN: Himpunan ICERD: Polis adakan mesyuarat dengan MKN]

"Malah mereka juga seolah tidak bertanggungjawab terhadap tanah air sendiri serta generasi akan datang," katanya.

Nik Muhammad Zawawi berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Roadshow Himpunan Aman Bantah ICERD di sini, malam tadi.

Selain Nik Muhammad Zawawi, ceramah berkenaan turut disertai Yang Dipertua Pas Jeli, Mohd Apandi Mohamad dan Pemangku Ketua Umno Bahagian Jeli, Datuk Abd Aziz Derashid.

Tambahnya, umat Islam di negara ini perlu bangkit mempertahankannya kerana ICERD menyentuh isu agama dan bangsa.

Artikel Berkaitan:

"Bangkit dan nyatakan bahawa agama Islam dan bangsa Melayu dalam negara kita tidak boleh dicabar, malah bangsa lain perlu faham," katanya.

Sementara itu, Abd Aziz berkata, Umno akan menyediakan 100 peguam untuk membantu peserta perhimpunan berkenaan dalam menghadapi sebarang isu perundangan ketika perhimpunan berkenaan.

Beliau yang juga salah seorang peguam berkenaan berkata, bantahan 8 Disember nanti perlu bagi menunjukkan Pas dan Umno bolej bersatu apabila ada yang mencabar agama dan bangsa kita.

Dalam pada itu, Mohd Apandi turut mengharapkan kehadiran rakyat Jeli ke perhimpunan berkenaan sekali gus membuktikan kekuatan orang Islam dalam mempertahankan agama dan bangsa mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!