PRN Johor: Pengundi tak takut keluar tunai tanggungjawab

Sui Veck (kiri) dan Azman Ali menunjukkan jari mereka selepas mengundi di SMK Sri Muar.
Sui Veck (kiri) dan Azman Ali menunjukkan jari mereka selepas mengundi di SMK Sri Muar.
A
A
A

MUAR - Pengundi yang mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyatakan bahawa mereka tidak takut untuk keluar mengundi walaupun negara berdepan penularan Covid-19.

Rata-rata mereka mahu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi.

Seorang guru, Azman Ali, 59, berkata, sebagai pengundi beliau bertanggungjawab untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai pengundi di negeri ini.

"Saya tidak takut untuk keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi. Lagi pun saya sudah dijangkiti Covid-19 baru-baru ini,” katanya kepada pemberita selepas menjadi pengundi pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar pada Sabtu.

Seorang suri rumah, Tan Sui Veck, 70, pula berkata, dia juga tidak takut untuk keluar mengundi pada Sabtu.

“Saya tidak takut. Saya datang untuk tunaikan kewajipan,” katanya.

Sementara itu, Inspektor Mohd Noor Had Abdul Kahar, 37, berkata, walaupun bertugas pada Sabtu, beliau hadir untuk menunaikan tanggungjawabnya.

Mohd Noor yang bertugas di Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri berkata, beliau tidak mengundi awal pada Selasa lalu kerana tidak menukar alamatnya.

Artikel Berkaitan:

“Saya tidak tukar alamat dan alamat kampung saya juga di sini,” katanya.

Pada Sabtu, seramai 2.597 juta pengundi dilapor layak mengundi dalam PRN Johor.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, ia membabitkan 2.57 juta pengundi biasa, 10,955 anggota tentera dan pasangan serta 11,576 anggota polis dan pasangan serta 376 pengundi tidak hadir (PTH) Luar Negara.


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!