Lebih 31 peratus kanak-kanak terima dos pertama vaksin Covid-19

Sejumlah 1,119,954 atau 31.5 peratus kanak-kanak di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 di bawah PICKids setakat Jumaat.
Sejumlah 1,119,954 atau 31.5 peratus kanak-kanak di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 di bawah PICKids setakat Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sejumlah 1,119,954 atau 31.5 peratus kanak-kanak di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat Jumaat.

Berdasarkan laman web CovidNow, 15,238,078 individu atau 64.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 dan 22,933,696 atau 97.5 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,210,290 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,835,698 individu atau 91.1 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,935,797 atau 94.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada Jumaat, 58,326 dos vaksin telah diberikan, dengan 23,938 sebagai dos pertama, 1,678 sebagai dos kedua dan 32,710 sebagai dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang dikeluarkan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,064,755.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 76 kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Jumaat dengan Kedah mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 15 kes, diikuti Selangor (14), Perak (10), Johor (lapan), manakala Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing merekodkan lima kes kematian.

Kuala Lumpur merekodkan empat kes kematian, masing-masing tiga kes di Perlis dan Pulau Pinang, manakala Kelantan, Melaka, Pahang dan Sarawak masing-masing merekodkan dua kes dan Terengganu (satu). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!