Tiga lelaki warga asing edar rokok seludup diberkas

Antara rokok seludup pelbagai jenama yang dirampas dalam serbuan di Kampung Melaka Cheras, Kajang pada Khamis.
Antara rokok seludup pelbagai jenama yang dirampas dalam serbuan di Kampung Melaka Cheras, Kajang pada Khamis.
A
A
A

KAJANG - Sepasukan anggota polis berjaya melumpuhkan kegiatan pengedaran rokok seludup dianggarkan bernilai RM110,000 susulan penahanan tiga lelaki warga asing dalam serbuan di Kampung Melaka Cheras di sini pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohamad Nasir Drahman berkata, pihaknya turut merampas 1,038 karton rokok pelbagai jenama dalam serbuan pada jam 3.40 petang.

"Rokok seludup itu dipercayai untuk dipasarkan secara haram di sekitar daerah Kajang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohamad Nasir berkata, operasi tersebut akan dilaksanakan secara berterusan bagi membanteras aktiviti penyeludupan agar tidak berleluasa pada masa akan datang.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Dalam masa sama, Mohamad Nasir turut meminta orang ramai menghubungi balai polis berhampiran sekiranya mendapati sebarang maklumat jenayah untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!