PRN Johor: 13 peratus keluar mengundi setakat 10 pagi
JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi sebanyak 13 peratus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat jam 10 pagi Sabtu.
SPR sebelum ini menyasarkan peratus keluar pengundi sebanyak 70 peratus
Pada Jumaat, Setiausaha SPR, Datuk Ikmakrudin Ishak berkata, sebanyak 1,021 pusat mengundi dan 4,638 saluran akan dibuka untuk tujuan pengundian yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
Seramai seramai 49,290 orang petugas bertungkus-lumus memastikan proses pengundian berjalan lancar.
Menurutnya, dijangkakan seramai 2,539,606 individu yang layak mengundi keluar mengundi pada PRN Johor.
Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!