Konflik di Ukraine boleh akibatkan kenaikan harga makanan
AMMAN - Harga makanan antarabangsa boleh meningkat sehingga 20 peratus akibat konflik di Ukraine, mencetuskan lonjakan dalam kekurangan zat makanan global, menurut agensi makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Jumaat.
Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) yang berpangkalan di Rom, tidak dapat dipastikan sama ada Ukraine dapat menuai hasil tanaman jika konflik berlarutan, manakala ketidaktentuan turut menyelubungi prospek eksport Rusia pada tahun akan datang, lapor agensi berita Jordan (Petra).
Rusia adalah pengeksport gandum terbesar dunia manakala Ukraine kelima terbesar, menurut FAO.
Jumlah tanaman kedua-dua negara menyumbang 19 peratus daripada bekalan barli dunia, 14 peratus gandum, serta empat peratus jagung, merangkumi lebih satu pertiga daripada eksport bijirin global.
Rusia juga merupakan peneraju utama dunia dalam eksport baja. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!