BN dahului PRN Johor di 40 DUN

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kanan) beramah mesra dengan petugas ketika melawat Pusat Penjumlahan Undi DUN Johor Jaya sempena PRN Johor pada Sabtu. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kanan) beramah mesra dengan petugas ketika melawat Pusat Penjumlahan Undi DUN Johor Jaya sempena PRN Johor pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) setakat ini mendahului majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

BN dilihat mendahului parti-parti lain dengan 40 kerusi daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Kerusi DUN didahului BN adalah di Buloh Kasap, Kemelah, Tenang, Bekok, Tangkak, Serom, Bukit Naning, Maharani, Sungai Balang, Semerah, Seri Medan dan Yong Peng.

BN turut mendahului di DUN Semarang, Senggarang, Rengit, Machap, Layang-Layang, Mahkota, Paloh, Kahang, Endau, Tenggaroh, Panti, Pasir Raja, Larkin dan Kempas

DUN lain adalah di Penawar, Tanjung Surat, Tiram, Puteri Wangsa, Johor Jaya, Skudai dan Kota Iskandar, Bukit Permai, Bukit Batu, Senai, Benut, Pulai Sebatang, Pekan Nenas dan Kukup.

Keputusan rasmi setakat 7.40 malam pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!