PRN Johor: PH dahului 12 kerusi, PKR 1
SENAI - Pakatan Harapan (PH) mendahului 12 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendahului satu kerusi dalam keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Setakat jam 8.35 malam, 12 kerusi terbabit adalah Bukit Pasir, Simpang Jeram, Jementah, Tangkak, Bentayan, Penggaram, Mengkibol, Johor Jaya, Stulang, Perling, Skudai dan Senai.
PKR pula mendahului di kerusi DUN Bukit Batu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!