Pusat gerakan PN lengang

Keadaan terkini di pusat gerakan Perikatan Nasional (PN) di sebuah hotel di Senai di sini agak lengang.
Keadaan terkini di pusat gerakan Perikatan Nasional (PN) di sebuah hotel di Senai di sini agak lengang.
A
A
A

KULAI - Keadaan terkini di pusat gerakan Perikatan Nasional (PN) di sebuah hotel di Senai di sini agak lengang.

Kerusi yang disusun di dalam pusat gerakan itu juga dilihat masih banyak kosong.

Pimpinan PN sama ada daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Pas masih belum berada di pusat gerakan berkenaan.

Difahamkan, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan berada di pusat gerakan berkenaan serta mengadakan sidang media namun waktunya masih belum dapat dipastikan.

Setakat jam 7 malam ini, petugas media sudah mula berkumpul bagi membawakan perkembangan terkini PN pada PRN Johor.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!