Diaz, Salah pastikan Liverpool terus padu

Salah antara pencetak gol ketika Liverpool menewaskan Brighton 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Komuniti American Express pada Sabtu. FOTO: Liverpool FC
Salah antara pencetak gol ketika Liverpool menewaskan Brighton 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Komuniti American Express pada Sabtu. FOTO: Liverpool FC
A
A
A

DUA gol daripada Luis Diaz dan Mohamed Salah sudah cukup membolehkan Liverpool mengekori rapat penyandang juara Manchester City selepas menewaskan Brighton & Hove Albion 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Komuniti American Express pada Sabtu.

The Reds kendalian Jurgen Klopp tampil ke laman The Seagulls pimpinan Graham Potter dengan misi mengelak bergelut melakar kemenangan seperti ketika menewaskan West Ham United 1-0 di London sebelum ini.

Diaz terlebih dulu melelakan pelawat di depan pada minit ke-19 selepas menyudahkan hantaran tonggak pertahanan, Joel Matip sebelum Salah menoktahkan asakan tuan rumah apabila menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-61.

Kemenangan ke-20 selepas mengharungi 28 perlawanan liga membolehkan The Reds mengumpul 66 mata - tiga mata di belakang The Citizens kendalian Pep Guardiola.

Anak buah Klopp selepas ini akan berkunjung ke Stadium Emirates laman keramat kelab sensasi London, Arsenal bagi aksi liga pada Khamis ini sebelum bertandang ke City Ground berdepan kelab Liga Kejuaraan, Nottingham Forest di peringkat suku akhir Piala FA pada 21 Mac.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!