PH akan 'bedah siasat' punca kalah PRN Johor

Dari kiri: Syed Ibrahim, Aminolhuda dan Chin Tong pada sidang media di sebuah resort pada Sabtu.
Dari kiri: Syed Ibrahim, Aminolhuda dan Chin Tong pada sidang media di sebuah resort pada Sabtu.
A
A
A

SENAI - Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan bedah siasat (post-mortem) selepas mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu.

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, ia bagi mengenal pasti sebarang kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang PRN Johor bagi membolehkan gabungan parti itu kembali bangkit.

“Ini penting dalam usaha PH untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum akan datang khususnya selepas kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang kita ketahui memang ghairah mahu mengadakan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sebuah resort di sini pada Sabtu.

Hadir sama Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Dalam pada itu, Aminolhuda turut menyatakan bahawa beliau tidak menjangkakan kekalahan PH di banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada PRN Johor kali ini.

Menurutnya, kekalahan ini berkemungkinan disebabkan jumlah peratusan pengundi yang keluar mengundi adalah rendah.

“Kalau 70 hingga 80 peratus keputusanya tentu berbeza.

Artikel Berkaitan:

“Kita sedia maklum yang tak keluar (mengundi) itu bukan sahaja mereka yang bimbang kerana Covid-19 (tetapi) mereka yang berada di luar Johor seperti di Singapura tak balik.

“Janji nak buka sempadan pada 1 Mac tapi tak buka sempadan pada 1 Mac. Jadi, ini juga memberi kesan sokongan rakyat Bangsa Johor kepada PH,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!