Kenari terbang tinggi di Alor Setar
GERGASI Liga Super, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) melaungkan amaran awal pada saingan Piala FA apabila menewaskan kelab Liga M3, Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) FC, 4-0 pada Sabtu.
Percaturan pengendali skuad Kenari, Aidil Sharin Sahak yang mempertaruhkan pemain muda KDA dalam perlawanan di Stadium Darul Aman, Alor Setar ternyata berbaloi.
Fayadh Zulkifli dan Ameer Azahar masing-masing mencetak nama sebagai penjaring dengan dua gol pada perlawanan berkenaan pada minit ke-18', 47' dan 50', 60'.
Kemenangan ke atas wakil Negeri Sembilan skuad kendalian Leong Hong Seng tersebut boleh disifatkan sebagai motivasi menjelang kunjungan Sri Pahang ke venue sama bagi aksi liga pada 6 April depan.
Anak buah Aidil Sharin sebelum ini menyingkap saingan liga dengan langkah kanan apabila menewaskan Sarawak United 1-0 di Kuching pada 4 Mac lalu diikuti kemenangan 3-2 ke atas KL City di Alor Setar 9 Mac lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!