BN tidak akan desak bubar Parlimen

Ahmad Zahid ketika berucap selepas BN meraih kemenangan PRN Johor di Command Centre Barisan Nasional (BN) malam ini. - Foto Bernama
Ahmad Zahid ketika berucap selepas BN meraih kemenangan PRN Johor di Command Centre Barisan Nasional (BN) malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) tidak akan membuat desakan membubarkan Parlimen buat masa sekarang walaupun parti itu telah melakar kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas diminta mengulas adakah parti akan membuat desakan untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat ini.

“Tidak, tidak, tidak, kita tidak akan lakukan itu (desakan bubar DUN) buat masa ini,” katanya ringkas selepas memberi ucapan bagi meraikan kemenangan BN pada PRN Johor di Pusat Arahan BN Negeri Johor di Jalan Yahya Awal di sini, pada Sabtu.

Pada PRN Johor, BN mendominasi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus mencapai jumlah majoriti dua pertiga bagi membentuk kerajaan negeri.

Kemenangan itu juga menyaksikan pesaing lain iaitu daripada Pakatan Harapan (PH) hanya memperoleh 11 kerusi DUN, Perikatan Nasional (tiga), Parti Keadilan Rakyat (satu) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (satu).

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!