Juruterbang misteri tembak 10 jet Rusia didedahkan
KIEV - Seorang juruterbang jet pejuang Ukraine yang berjaya menembak 10 jet tempur tentera Rusia telah didedahkan kepada umum baru-baru ini.
Bagaimanapun, muka sebenar juruterbang itu tidak didedahkan apabila beliau memakai visor berwarna hitam dan topi pesawat serta topeng oksigen sekali gus melindungi wajahnya yang sebenar.
Ketika imej juruterbang itu dirakamkan, dia sedang berada di dalam kokpit jet pejuang buatan Kesatuan Soviet iaitu MiG-29 yang digunakan oleh tentera Ukraine bagi menentang tentera Rusia.
Imej itu didedahkan oleh kakitangan am tentera Ukraine dan juruterbang itu sebelum ini digelar sebagai 'hantu dari Kiev'.
Ukraine mendakwa telah menembak jatuh beberapa pesawat Rusia semasa perang di negara itu tercetus pada 24 Februari lalu.
Putin dilaporkan mempunyai hampir 1,200 buah pesawat tempur sebelum permusuhan tersebut bermula manakala Ukraine pula dilaporkan hanya mempunyai 124 buah jet. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!