Ronaldo pacu hatrik terpadu buat Manchester United

Ronaldo tampil garang apabila meledak tiga gol ketika menewaskan Tottenham Hotspur dalam perlawanan liga di Stadium Old Trafford.
Ronaldo tampil garang apabila meledak tiga gol ketika menewaskan Tottenham Hotspur dalam perlawanan liga di Stadium Old Trafford.
A
A
A

PENYERANG Manchester United, Cristiano Ronaldo kembali menyengat apabila menjaringkan hatrik ketika membantu The Red Devils menewaskan Tottenham Hotspur 3-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford.

Tiga gol setiap babak pada minit ke-12', 38' dan 81' itu juga meletakkan bekas pemain Juventus, Real Madrid dan Sporting Lisbon tersebut di kedudukan teratas penjaring sepanjang zaman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan 807 gol untuk kelab dan Portugal.

Gol ketiga untuk tiga mata di laman sendiri itu yang juga jaringan 805 tersebut membolehkan Ronaldo mengatasi rekod sepanjang zaman pemain kelahiran Austria-Czech, Josef 'Pepi' Bican dengan menyempurnakan hatrik.

Untuk rekod, hatrik peledak berusia 37 tahun juga merupakan yang pertama sejak Januari 2008 untuk kelab gergasi Inggeris berkenaan.

Sementara itu, gol anak buah Antonio Conte dijaringkan Harry Kane yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-35' diikuti jaringan sendiri di minit ke-72' oleh kapten Manchester United yang juga pemain pertahanan England, Harry Maguire.

Keputusan seri atau kekalahan anak buah Ralf Rangnick sebelum perlawanan ke-29 liga itu bakal menjejas pemburuan slot empat terbaik yang turut diintai gergasi London, Arsenal kendalian Mikel Arteta yang masih kurang empat perlawanan berbanding Manchester United.

Kemenangan ke-14 liga selepas mengharungi 29 perlawanan membolehkan Manchester United mengumpul 50 mata sambil diekori rapat Arsenal kelima dengan 48 mata.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!