Keputusan rasmi PRN Johor diserah kepada istana

Abdul Ghani (kiri) menyampaikan keputusan PRN Johor kepada Azmi untuk diserahkan kepada pihak istana Johor, pada Ahad
Abdul Ghani (kiri) menyampaikan keputusan PRN Johor kepada Azmi untuk diserahkan kepada pihak istana Johor, pada Ahad
A
A
A

JOHOR BAHRU - Keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 diserahkan kepada Istana Johor di sini pada Ahad.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh menyerahkan keputusan itu kepada Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

Turut hadir, Pengarah SPR Negeri Johor, Nor Nekman Jaimon.

Pada malam Ahad, SPR mengumumkan BN memenangi PRN Johor selepas gabungan tersebut memperoleh lebih 29 kerusi DUN iaitu majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Johor yang baharu.

PRN Johor menyaksikan 239 calon daripada 15 parti politik bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada sejumlah 2,597,742 pemilih berdaftar bagi PRN itu layak mengundi pada Sabtu.


Dapatkan keputusan #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan:


Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!