Menang bukti rakyat yakin: Noraini

Noraini
Noraini
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke15 membuktikan rakyat yakin hanya gabungan itu mampu memberi kestabilan untuk masa depan Johor.

Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berharap mandat dan kepercayaan yang diberikan akan dilaksanakan dengan baik.

"Syukur Alhamdulillah apabila rakyat Johor telah memberi mandat baharu kepada BN untuk mentadbir kerajaan negeri selepas memenangi PRN.

"Tahniah saya ucapkan kepada semua calon BN terutama calon wanita UMNO dan BN yang telah diberi kepercayaan untuk menabur khidmat bakti kepada rakyat Johor dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ahli Parlimen Parit Sulong itu turut merakamkan penghargaan kepada semua jentera parti khususnya jentera wanita UMNO dan BN yang bekerja dalam tempoh berkempen sepanjang PRN bagi memastikan kemenangan.

PRN Johor menyaksikan 239 calon daripada 15 parti politik bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada sejumlah 2,597,742 pemilih berdaftar bagi PRN berkenaan layak mengundi pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: