Letupan kedengaran di bandar Lviv, Ukraine
LVIV - Letupan kedengaran di bandar Lviv, barat Ukraine kira-kira 6 pagi waktu tempatan (0400 GMT) pada Ahad.
Terdahulu, siren amaran dibunyikan pada 3.30 pagi waktu tempatan, menyebabkan penduduk melarikan diri mencari perlindungan, lapor Xinhua.
Media Ukraine setakat ini belum mengeluarkan sebarang maklumat mengenai kejadian itu.
Menurut Agensi Berita UNN, letupan turut kedengaran di Kherson, selatan Ukraine dan siren amaran dibunyikan di kebanyakan bandar dan wilayah Ukraine.
Sejak krisis Rusia-Ukraine bermula pada 24 Februari, lebih 2.5 juta orang telah melarikan diri ke negara lain, dengan kira-kira dua juta lagi hilang tempat tinggal.
Sekurang-kurangnya 564 orang awam terbunuh dan 982 cedera, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!