Pinda undang-undang perangi rasuah

Hamdzah
Hamdzah
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan Malaysia) berpendapat undang-undang sedia ada perlu dipinda bagi membolehkan isu rasuah di negara ini dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Presidennya, Ir Hamdzah Abdul Rahman berkata, kerajaan perlu mewujudkan undang-undang baharu dengan mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah rasuah.

“Ia termasuklah menambah baik dari segi hukuman dan denda sedia ada kerana dilihat tidak berkesan untuk menakutkan individu terlibat rasuah.

“Ini penting bagi memastikan pihak penguat kuasa bertindak lebih tegas terhadap perasuah sama ada pemberi mahupun penerima,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Mengulas lanjut, Hamdzah berkata, rasuah merupakan musuh utama negara dan ia perlu diperangi habis-habisan dari segenap penjuru.

Katanya, individu yang menerima rasuah sering kedengaran di media sosial, tetapi individu yang memberi rasuah kurang mendapat liputan dan berita.

“Jadi, perkara ini perlu ditambah baik. Pemberi maklumat berkaitan rasuah wajar dilindungi,” ujarnya.

Sehubungan itu Hamdzah berkata, semua pihak perlu bertindak mengikut posisi masing-masing, sebagai contoh, pihak kerajaan bertindak mengikut undang-undang dan prosedur piawaian sifar rasuah.

Artikel Berkaitan:

“Bagi pihak awam pula, mereka boleh bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam menangani amalan rasuah, selain memberikan pendidikan yang berkesan berkenaan rasuah kepada generasi muda,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!