Rusia tidak dapat akses rizab AS$300 bilion akibat sekatan

Anton Siluanov. - Foto AFP
Anton Siluanov. - Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Rusia tidak dapat mengakses rizab kewangan bernilai AS$300 bilion disebabkan sekatan Barat, kata menteri kewangan Rusia pada Ahad.

"Rusia mempunyai nilai rizab sekitar AS$640 bilion. Pada masa ini, kami tidak boleh menggunakan rizab tersebut," kata Anton Siluanov dalam temu bual dengan Rossiya-1 TV, lapor Agensi Anadolu.

"Beberapa rizab ada di China, dan Barat kini mendesak China untuk mengehadkan akses kami kepada rizab itu," kata Siluanov.

Beliau berharap kerjasama Rusia dengan China akan terus kukuh.

Sejak konflik Rusia-Ukraine meletus pada 24 Februari lalu, lebih 2.5 juta orang telah melarikan diri ke negara lain, dengan kira-kira dua juta lagi hilang tempat tinggal.

Sekurang-kurangnya 579 orang awam terbunuh manakala 1,002 orang cedera, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!