Kempen 'Datang Klang, pasti girang' tawar pulangan menarik
PUSAT Borong GM Klang melancarkan kempen 'Datang Klang, pasti girang' sebagai satu langkah proaktif dan inisiatif ke arah merancakkan semula industri pelancongan Malaysia.
Kempen bermula 1 Mac hingga 30 April itu bagi merancakkan lagi industri pelancongan khususnya di Selangor dan Bandar Klang selepas sektor tersebut terjejas teruk akibat pandemik.
Kempen kolaborasi bersama Touch 'n Go dengan sokongan Tourism Selangor dan Majlis Perbandaran Klang itu menawarkan pulangan menarik kepada pelancong di Selangor dan turut berperanan menyokong kempen Tourism Selangor, Pusing Selangor Dulu.
Pengurus Bahagian Komunikasi Jenama GM Klang, Norsuhaida Othman berkata, GM Klang dan Touch 'n Go menawarkan 'Kegirangan Berganda' sempena kempen berkenaan.
"Kegirangan pertama berupa 'cashback' bernilai RM10 apabila pengunjung membuat pembelian lebih dari RM100 menggunakan aplikasi Touch 'n Go e-wallet di mana-mana kedai GM Klang yang mengambil bahagian.
"Kedua, pengunjung boleh mendapatkan baucar makanan dan minuman GM Klang bernilai RM10 sekiranya mereka telah menginap di hotel atau melancong tempat-tempat pelancongan terpilih sekitar Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam kenyataan sama, beliau berkata, orang ramai berpeluang untuk menebus kegirangan yang ditawarkan sepanjang tempoh kempen tersebut berlangsung.
"Sebenarnya di Selangor dan Klang banyak lokasi menarik untuk melancong dan beraktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan seperti lokasi alam semulajadi, taman tema, hiburan dan aktiviti bersukan.
"Tambahan dengan pembukaan sempadan negara bermula 1 April ini, kami yakin prestasi pelancongan di sini akan lebih baik dengan pertambahan kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara," katanya lagi.
Kempen berlangsung selama dua bulan bermula 1 Mac 2022 sehingga 30 April 2022 ini juga menggalakkan penggunaan aplikasi e-wallet sebagai salah satu pembayaran utama di GM Klang seiring dengan seruan pihak kerajaan terutamanya pada waktu pandemik ini.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Nur Faezah Mohd Arsad, Penolong Pengurus, Bahagian Komunikasi Jenama di talian 012-2851152 atau emel ke faezah@gmklang.com.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!