RM18,600 kompaun dikeluarkan kepada peniaga

Anggota penguat kuasa KPDNHEP Melaka memantau serta memeriksa harga barangan di sebuah kedai bagi memastikan peniaga patuh undang-undang.
Anggota penguat kuasa KPDNHEP Melaka memantau serta memeriksa harga barangan di sebuah kedai bagi memastikan peniaga patuh undang-undang.
A
A
A

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka mengeluarkan sebanyak RM18,600 kompaun kepada peniaga dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya, Norena Jaafar dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, kompaun berkenaan melibatkan sebanyak 123 kes dengan nilai sitaan RM1,427.30.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 93 kes diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, lima kes di bawah Akta Kawalan Bekalan, 17 kes melibatkan Akta Timbang Sukat dan lapan kes berkaitan Akta Perlindungan Pengguna.

"Dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini, sebanyak 9,898 premis di periksa bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang selain menyelesaikan sebanyak 647 aduan berkaitan kepenggunaan sepanjang tahun lalu.

Jelas beliau, sebanyak 188 kes tuntutan telah difailkan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dan daripada jumlah itu sebanyak 163 tuntutan berjaya diselesaikan manakala 25 kes sedang dalam siasatan lanjut.

Katanya, sebanyak 63 tuntutan pula telah didaftarkan tahun ini termasuk ganti rugi dan perkhidmatan tidak setara seperti katering dan pakej pelancongan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!