Majlis pengebumian jenazah terkorban termasuk Haziq diteruskan hari ini

Jenazah Sayyad Ahmed Milne, 14, salah seorang mangsa pembunuhan pengganas dikebumikan hari ini.
Jenazah Sayyad Ahmed Milne, 14, salah seorang mangsa pembunuhan pengganas dikebumikan hari ini.
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. [DIKEMASKINI] Majlis pengebumian jenazah mangsa pembunuhan pengganas kulit putih Jumaat lalu di dua buah masjid, diteruskan hari ini.

Sinar Harian yang menghubungi rakyat Malaysia di sana memaklumkan, polis mengawal ketat tanah perkuburan berhampiran Masjid Linwood, lokasi sasaran kedua serangan pengganas itu.

"Setakat ini empat jenazah sudah selesai dimandikan dan dalam proses pengebumian.

"Kawalan di sini sungguh ketat. Kami tidak dibenarkan mengambil gambar dan video," katanya, hari ini.

Katanya, lokasi pengebumian juga suram dengan wajah-wajah keluarga mangsa yang masih bersedih dengan kejadian tersebut.

Ratusan penduduk termasuk pelajar juga hadir bagi memberikan penghormatan terakhir majlis pengebumian yang masuk hari

Sementara itu, ditanya mengenai Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang disahkan terkorban, beliau berkata, jenazah remaja itu akan dikebumikan hari ini.

"Bila gilirannya saya tidak pasti. Sekarang ini ikut sistem penggiliran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Semalam, polis membuat persediaan bagi mengebumikan 50 jenazah mangsa yang terkorban dalam insiden keganasan di dua masjid pada Jumaat lalu.

News.com.au melaporkan, kawasan tanah perkuburan itu dikawal rapi polis yang menempatkan besi penghadang sebaik kerja menggali kubur selesai. dilakukan.

Jumaat lalu, 50 jemaah ditembak seorang pengganas, Brenton Tarrant yang melakukan serangan di Masjid al Noor dan Lindwood ketika mereka ingin menunaikan solat Jumaat dan menyiarkan insiden ganas itu di Facebook.

Kejadian itu turut menyebabkan 50 yang lain cedera termasuk 34 masih dirawat di hospital manakala 12 lagi ditempatkan di unit rawatan rapi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!