Runtuhan kuari: Tiada petunjuk baharu dikesan

Pasukan STORM menjalankan kerja-kerja meninjau lokasi kejadian dua mangsa tertimbus dalam runtuhan kuari di Simpang Pulai. Foto: Ihsan JBPM Perak
Pasukan STORM menjalankan kerja-kerja meninjau lokasi kejadian dua mangsa tertimbus dalam runtuhan kuari di Simpang Pulai. Foto: Ihsan JBPM Perak
A
A
A

IPOH - Pasukan penyelamat tidak mengesan sebarang petunjuk baharu sama ada membabitkan bau mahupun bangkai jengkaut di lokasi dua pekerja kuari tertimbus dalam runtuhan batu di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai- Cameron Highlands di sini pada Isnin.

Timbalan Komander Operasi 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Umrani Che Mat berkata, fokus pasukan terarah kepada kerja-kerja mengalihkan bongkah batu dijalankan yang kini hanya tinggal 20 meter lagi untuk tiba lokasi dua mangsa dipercayai berada.

Menurutnya, sekurang-kurangnya tempoh masa selama tiga hari diperlukan untuk kerja terbabit meskipun jarak itu tidak terlalu jauh.

"Kita telah membuka laluan sejauh 300 meter dan kini berbaki 20 meter lagi. Itu berdasarkan gambaran saksi di tempat kejadian.

"Mungkin dua ke tiga hari lagi untuk kita sampai ke lokasi itu. Buat masa sekarang kerja-kerja membuka laluan dilakukan menggunakan tiga jengkaut yang bertindak mengalihkan, memecahkan dan menggerudi batu besar," katanya ketika ditemui di sini.

Anggota STORM melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian di runtuhan kuari di Simpang Pulai. Foto: Ihsan JBPM Perak
Anggota STORM melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian di runtuhan kuari di Simpang Pulai. Foto: Ihsan JBPM Perak

Umrani berkata, keadaan cuaca hujan ditambah berlakunya pergerakan tanah dan runtuhan kecil menyukarkan lagi operasi mengesan mangsa.

Katanya, khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bomba belum digerakkan berikutan keadaan muka bumi yang tidak selamat.

Artikel Berkaitan:

"Kerja-kerja pengalihan batu bermula pada jam 8.30 pagi namun dihentikan sementara selepas terdapat sedikit runtuhan kecil bongkah batu.

"Operasi disambung semula pada jam 12.30 tengah hari dengan proses pemantauan dan keselamatan dilakukan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!