Penunjuk perasaan bergaduh dengan askar Rusia

Seorang askar Rusia mengarahkan seorang penduduk kembali ke dalam kumpulan penunjuk perasaan di Malitopol pada Ahad lalu. - Foto Instagram/m_kryukov
Seorang askar Rusia mengarahkan seorang penduduk kembali ke dalam kumpulan penunjuk perasaan di Malitopol pada Ahad lalu. - Foto Instagram/m_kryukov
A
A
A

MELITOPOL - Sejumlah penduduk tempatan Ukraine bergaduh dengan askar-askar Rusia yang bersenjata di bandar Melitopol pada Ahad lalu.

Pergaduhan itu dirakamkan menerusi rakaman video yang menunjukkan seorang askar Rusia menolak seorang penunjuk perasaan ketika sekumpulan penunjuk perasaan melaungkan perkataan anti-Moscow.

Askar itu terlebih dahulu menolak penunjuk perasaan tersebut dengan tangannya sebelum menggunakan senjatanya untuk menakutkan-nakutkan para penunjuk perasaan lain.

Rakaman video itu kemudian menunjukkan askar berkenaan menjerit ke arah orang ramai.

Ramai para penunjuk perasaan tersebut mengibarkan bendera Ukraine.

Tunjuk perasaan itu diadakan buat hari ketiga selepas Datuk Bandar, Ivan Fedorov ditawan pada Jumaat lepas kerana enggan bekerjasama dengan pihak musuh.

Sebelum ini rakaman litar televisyen tertutup (CCTV) menunjukkan Fedorov diiringi oleh 10 lelaki bersenjata keluar dari sebuah bangunan dan melintasi Dataran Kemenangan Melitopol. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!