Covid-19: 22,030 kes baharu, kadar kebolehjangkitan 0.96
SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes harian Covid-19 pada Isnin menunjukkan penurunan 22,030 kes berbanding Ahad 22,535 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penurunan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 berjumlah 3,845,601.
Menurutnya, daripada jumlah tersebut 634 kes atau 41.7 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala 887 kes atau 58.3 peratus dari kategori satu dan dua.
“Kes tempatan yang direkodkan sebanyak 21,636 kes dengan 20,894 adalah daripada warganegara manakala 742 bukan warganegara.
“Manakala 394 kes import pula dikesan dengan 369 daripadanya warganegara dan 25 lagi bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh pula sebanyak 33,872 sekali gus menjadikan kes kumulatif kepada 3,502,760.
Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak dua kluster baharu dikesan menjadikan jumlah kumulatif kluster kepada 6,883 kluster dengan 377 daripadanya adalah kluster aktif.
Sementata itu, Dr Noor Hisham memaklumkankadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 negara ialah 0.96.
Tambahnya, sebanyak 388 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 169 kes disahkan Covid-19 dan 219 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.
“215 kes memerlukan bantuan pernafasan,” ujarnya.
Kenyataan Akhbar KPK 15 Mac 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) https://t.co/PDyYA7U372
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) March 15, 2022
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!