Wenger tabik kepaduan Arsenal

Wenger
Wenger
A
A
A

LEGENDA Arsenal, Arsene Wenger mengakui pengendali The Gunners, Mikel Arteta telah membawa semula aura kekuatan kelab London tersebut di landasan yang betul.

Namun di sebalik itu, Wenger juga terkilan apabila mendakwa hierarki kelab tersebut sanggup melaburkan banyak wang dalam skuad berkenaan berbanding sebelum ini.

"Nampaknya ya, saya rasa begitulah berdasarkan perkembangan semasa. Arteta telah menawan semula semangat Arsenal.

"Malah hierarki kelab sanggup melaburkan sejumlah wang yang banyak pada era Arteta berbanding sebelum ini.

"Arsenal juga masih mempunyai beberapa cara untuk pergi lebih jauh tidak hanya di saingan Liga Perdana Inggeris tetapi juga Eropah kerana kami pernah menguasai England sebelum ini," katanya.

Untuk rekod, Wenger melepaskan jawatan sebagai pengendali Arsenal pada Mei 2018 selepas mengendalikan kelab berpengaruh London itu selama 22 tahun.

Malah pengendali dari Perancis itu disifatkan pengurus terhebat Arsenal selepas membimbing kelab London menjulang tiga kejuaraan liga dan tujuh Piala FA termasuk dua kejuaraan berganda pada 1998 dan 2002.

Legenda berusia 72 tahun itu kini berkhidmat sebagai ketua pembangunan bola sepak global Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Artikel Berkaitan:

Arteta diberi sokongan utama oleh Arsenal pada musim panas lalu apabila kelab itu membelanjakan £142 juta (RM655.8 juta) untuk pembelian baharu, termasuk tawaran untuk Ben White, Martin Odegaard, Aaron Ramsdale, Takehiro Tomiyasu, Albert Sambi Lokonga dan Nuno Tavares.

Arsenal akan menanti kunjungan pasukan tangga kedua Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates awal pagi Khamis.

Kemenangan ke atas Liverpool bakal menyaksikan The Gunners memperkukuhkan kedudukan empat terbaik ke pentas saingan Eropah yang kini bersaing sengit dengan Manchester United dan West Ham United.

Pada masa sama Wenger percaya Arsenal di bawah teraju kepimpinan Arteta memiliki segala ramuan untuk kembali digeruni baik di saingan domestik dan Eropah.

"Kelab itu telah melabur banyak wang buat kali pertama sejak kami membina stadium.

"Pasukan kini stabil dalam keputusan, kepimpinannya pula diterima para pemain dan terdapat hubungan antara dia dan pasukan. Jadi secara keseluruhan, apa yang anda lihat dari luar adalah positif," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!